Tuesday, January 16, 2007

Racism as political tool to win election???

Article below was taken from Utusan Malaysia. To me and all of us that read this article, Najib is clearly promoting hate among different races. I really don't see any reason why a chinese can't represent the malays and why a malay can't represent the chinese and why an indian can't represent the chinese, and so on and so forth. All of us are still human beings and our needs are EXACTLY THE SAME!! What we need from our representative is to look after our well-being, our kids, our schools, etc.. It has nothing to do with skin color and who has blue eyes! This scenario reminds me of the colonial era where the British use the divide and conquer technique to curb the negative sentiments from the people. Are we moving backwards??? Legendary Dr Martin Luther King's "I have a dream" should also be shared here in Malaysia.

As for my dream and i believe shared by millions of other Malaysian out there, "I HAVE A DREAM THAT ONE DAY THERE WILL BE NO REFERENCE TO SKIN COLOR OR RACE OR RELIGION TO WIN AN ELECTION", "I HAVE A DREAM THAT ONE DAY THE LEADERS OF OUR NATION WILL BE COMPRISED OF THOSE WORKING FOR THE PEOPLE, NOT A BUNCH OF GENERALS OR MONKEYS" and "I HAVE A DREAM THAT ONE DAY MY VOICE IS HEARD LOUD AND CLEAR".

******************************************************

Batu Talam: Calon bebas strategi pembangkang

RAUB 16 Jan. – Barisan Nasional (BN) menganggap kehadiran calon bebas untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N6 Batu Talam pada 28 Januari ini sebahagian daripada strategi politik pembangkang untuk menguji sokongan pengundi Melayu kepada calon bukan Melayu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun mengingatkan penyokong, pekerja dan pengundi BN agar tidak menganggap ia sebagai satu pertandingan yang boleh dipandang mudah.

Ini kerana kata beliau, ia merupakan sebahagian strategi politik pembangkang untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

‘‘Bagi BN, kita menganggap kehadiran calon bebas sebagai sebahagian daripada strategi politik mereka untuk menguji sejauh mana pengundi Melayu di kawasan ini akan menyokong calon bukan Melayu.

‘‘Ini sebenarnya, walaupun calon bebas, tetapi pada hakikatnya calon yang ditaja oleh parti DAP,” katanya pada sidang akhbar selepas penamaan calon pilihan raya kecil DUN Batu Talam di Bilik Gerakan Pilihan Raya pejabat Tanah dan Daerah Raub di sini, hari ini.

Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, BN akan menyaran dan meminta penyokong termasuk petugas parti bekerja keras dan keluar mengundi beramai-ramai bagi menjamin kemenangan besar.

‘‘Tiada calon pembangkang tidak sepatutnya memberi alasan pada penyokong BN untuk tidak bekerja keras atau memandang ringan dan jauh sekali tidak keluar mengundi,” tegasnya.

Mengenai persediaan menangkis isu- isu yang akan dibangkitkan oleh calon bebas, beliau berkata, BN sudah bersedia menghadapi apa sahaja isu yang akan dibangkitkan.

‘‘Kita tahu mereka ini tiada isu besar yang boleh digunakan dalam pilihan raya kecil ini. Namun demikian, kita bersedia menghadapi apa jua yang mungkin dilemparkan oleh calon bebas atau parti pembangkang,” jelasnya.

Najib juga menjangkakan parti pembangkang akan mengadakan ceramah mereka untuk membantu calon bebas berkenaan.

0 craps: